Views

Hubungi Kami

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA

Telefon : 03-8886 4000  Fax : 03-8889 2039
Email    : webmaster@islam.gov.my
 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah
Aras 6, Blok A Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS, Peti Surat 14725 88854 Kota Kinabalu

No Tel   : 088 488 641 /642 /643  
No. Fax : 088 488 645

Pertemuan MABIMS Ke-17: Sepakat Dengan Pelaksanaan Pelan Strategik Tahun 2016 – 2020

uala Lumpur: Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) Ke-41 dan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) Ke-17 telah diadakan pada 3 hingga 7 Disember 2016 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Mesyuarat SOM Ke-41 telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Manakala Pertemuan MABIMS Ke-17 telah dipengerusikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Nun di Hujung Sana Kita Datang… Pulau Bum Bum Semporna

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".........

Begitulah ungkapan yang boleh digambarkan dengan kesukaran yang mereka alami. Berkat kesabaran dan cara hidup yang saling berkongsi rasa susah dan senang, mereka tabah dalam mengharungi hidup dengan suasana hidup yang sederhana.

Pentetan daripada itu, pada 21 Disember 2016, Jakim melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama padu daripada Jakim Cawangan Sabah, tampil menyantuni masyarakat di Kepulauan Bum Bum. Kehadiran kami untuk bertanyakan khabar sedikit sebanyak dapat melegakan keresahan hati.

Seminar TAWIS Bincang Cabaran Tamadun Islam

Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) merupakan program tahunan anjuran Jakim dengan institut pengajian tinggi tempatan (IPT) dalam mencapai hasrat penganjurannya iaitu menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan bidang Tamadun Islam. Pada tahun ini, Jakim bersama-sama rakan strategik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yayasan Taqwa MAIWP telah menganjurkan Seminar TAWIS 2016 di Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM pada 8 Disember 2016.

Jakim Dekati Masyarakat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Dakwah dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dengan kerjasama beberapa agensi lain telah mengadakan PROGRAM MESRA KOMUNITI 2016 pada 23 November 2016 bertempat di Kampung Bayai Lama, Batu Kikir, Negeri Sembilan dan pada 25 November 2016 di Pulau Tuba Langkawi Kedah. Objektif utama program ini diadakan bagi menyampaikan input dakwah secara bil hal kepada masyarakat setempat dan memberi semangat, kelegaan serta keceriaan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.

Pages