Berita JAKIM

Hadith Pilihan

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat...

Syndicate content
Updated: 1 hour 26 min ago

Ceramah Khas Sempena Maulidur Rasul 1435H

January 27, 2014 - 10:08am
Jalan Perdana Kuala Lumpur - Masjid Negara dengan kerjasama Media Prima telah berjaya melaksanakan program Cerama Khas Sempena Maulidur Rasul 1435H melalui Siaran Langsung Program Halaqah TV 9 pada Jumaat 24 Januari 2014 di Dewan Solat Utama Masjid Negara, JAKIM.

Jalan Perdana Kuala Lumpur - Masjid Negara dengan kerjasama Media Prima telah berjaya melaksanakan program Cerama Khas Sempena Maulidur Rasul 1435H melalui Siaran Langsung Program Halaqah TV 9 pada Jumaat 24 Januari 2014 di Dewan Solat Utama Masjid Negara, JAKIM.

Tarikh:  Jan 24, 2014

baca lagi

Categories: Berita JAKIM

Ekspedisi Dakwah Bil Hal ke Lawas Sarawak "Semaikan Ukhuwah Fillah, Bumikan Mahabbatullah"

January 22, 2014 - 10:56am
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bersama Yayasan Taqwa MAIWP telah mengadakan Ekspedisi Dakwah Bil Hal ke Sarawak pada 18 Januari 2014 bertempat di Dataran Kampung Aru Sundar, Lawas, Sarawak. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bersama Yayasan Taqwa MAIWP telah mengadakan  Ekspedisi Dakwah Bil Hal ke Sarawak  pada 18 Januari 2014 bertempat di Dataran Kampung Aru Sundar, Lawas, Sarawak.   Tarikh:  Jan 22, 2014

baca lagi

Categories: Berita JAKIM

Majlis Penyampaian Amanat YB Menteri Tahun 2014 dan Pelancaran Logo Jakim

January 22, 2014 - 9:33am
Selain melancarkan logo Jakim dalam Majlis Penyampaian Amanat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri tAHUN 2014 di Putrajaya pada 21 Januari 2014. Dalam ucapan amanat beliau, beliau turut menekankan pelaksanaan Pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di peringkat agensi di bawah beliau sebagai antara langkah yang disyorkan oleh kerajaan ke arah mengurangkan perbelanjaan sektor awam. Tarikh:  Jan 22, 2014

baca lagi

Categories: Berita JAKIM

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2014M

January 20, 2014 - 10:16am
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2014M telah diadakan dengan jayanya pada 12 Rabi’ulawwal 1435H bersamaan 14 Januari 2014 (Selasa), bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis berkenaan sekaligus merasmikannya. Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2014M telah diadakan dengan jayanya pada 12 Rabi’ulawwal 1435H bersamaan 14 Januari 2014 (Selasa), bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminahtelah berkenan mencemar duli menghadiri majlis berkenaan sekaligus merasmikannya.   Tarikh:  Jan 20, 2014

baca lagi

Categories: Berita JAKIM

Amanat Sulung Ketua Pengarah Jakim 2014 dan Pelancaran Buku “Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia”

January 16, 2014 - 12:39pm
Buat julung kalinya bagi tahun 2014 Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pengarah Jakim telah diadakan pada 9 Januari 2014 bertempat di Auditorium, Blok D8, Kompleks D, Putrajaya. Majlis bermula jam 8.30 pagi dengan ketibaan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Othman bin Mustapha. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Dasar); Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Dato’ Haji Razali bin Shahabudin dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Haji Awang Khalid bin Mat Ali. Buat julung kalinya bagi tahun 2014 Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pengarah Jakim telah diadakan pada 9 Januari 2014 bertempat di Auditorium, Blok D8, Kompleks D, Putrajaya. Majlis bermula jam 8.30 pagi dengan ketibaan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Othman bin Mustapha. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Dasar); Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Dato’ Haji Razali bin Shahabudin dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Haji Awang Khalid bin Mat Ali. Tarikh:  Jan 16, 2014

baca lagi

Categories: Berita JAKIM

Sumbangan Kutipan Masjid Negara kepada Palestine

January 15, 2014 - 8:34am
Kuala Lumpur, YBhg. Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad Imam Besar Masjid Negara, Jakim telah menyampaikan sumbangan Bantuan Kutipan Masjid Negara kepada Palestin sebanyak RM9,910.00 melalui wakil Viva Palestin Malaysia, Encik Ahmed Barakat, Operation Executive Viva Palestin Malaysia pada Isnin 13 Januari 2014.

Kuala Lumpur, YBhg. Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad Imam Besar Masjid Negara, Jakim telah menyampaikan sumbangan Bantuan Kutipan Masjid Negara kepada Palestin sebanyak RM9,910.00 melalui wakil  Viva Palestin Malaysia, Encik Ahmed Barakat, Operation Executive Viva Palestin Malaysia pada Isnin 13 Januari 2014.

Tarikh:  Jan 13, 2014

baca lagi

Categories: Berita JAKIM

Ke Arah Kerjasama Strategik Jakim Dan CICOT

January 13, 2014 - 10:27am
Pada 8 Januari 2014 (Rabu), bertempat di Dewan Syura Jabatan Agama Islam Perlis (JAIP), sekali lagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) bersama Hab Halal Jakim telah mengaturkan pertemuan dengan pihak The Central Islamic Council of Thailand (CICOT) dan wakil-wakil dari Majlis Agama Islam Songkhla dan Pattani, Selatan Thailand bagi membincangkan persiapan pelaksanaan Program Kerjasama Penyelarasan Pengurusan NCR dan Halal antara Jakim dan CICOT yang dijangka akan diadakan pada Mac 2014. Tarikh:  Jan 13, 2014

baca lagi

Categories: Berita JAKIM

Pelapis Imam Dihantar Berkursus di Al-Azhar, Mesir

December 31, 2013 - 3:47pm
Objektif utama penganjuran kursus ini adalah bagi memberi peluang kepada pegawai Jakim untuk meningkatkan prospek kerjaya dan pembangunan modal insan melalui ilmu pengetahuan di samping memberi pendedahan kepada pegawai menyertai kursus di peringkat antarabangsa.   PELAPIS IMAM DI HANTAR BERKURSUS DI AL-AZHAR MESIR   KAHERAH, 28 Disember 2013 – Seramai lima (5) orang Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjaya menamatkan Kursus Para Imam dan Pendakwah  anjuran Lajnah Al-‘Ulya Lil Dakwah Al-Islamiyyah Al-Azhar Al-Sharif.   Tarikh:  Dec 31, 2013

baca lagi

Categories: Berita JAKIM

"Kami Sepakat & Bersedia"

December 31, 2013 - 2:46pm
Bandar Baru Bangi, 12 Disember 2013 – Jakim melalui Bahagian Dakwah telah menjayakan Mesyuarat Penyelarasan Program Dakwah Jakim bersama GLCs Malaysia Bil. 2/ 2013 dengan penglibatan 3 buah agensi selaku rakan strategik (IKIM, Al-Hijrah Media Corporation, Lembaga Tabung Haji, Bahagian Media, Jakim) dan 9 buah GLCs selaku anggota tetap SDK iaitu Petronas, TM, TNB, PNB, MAS, DRB HICOM, Pos Malaysia, KTMB dan Takaful Malaysia. SEKRETARIAT DAKWAH KORPORAT ‘BERSEDIA’ & ‘SEPAKAT’ LAKSANA GERAK KERJA DAKWAH 2014   Tarikh:  Dec 31, 2013

baca lagi

Categories: Berita JAKIM

Kempen Derma Darah Siri 3/2013

December 29, 2013 - 7:16pm
Jalan Perdana, Kuala Lumpur –Masjid Negara telah berjaya menganjurkan ‘Kempen Derma Darah dan Pameran Pendidikan Kesihatan 3/2013 pada Jumaat, 27 Disember 2013 bermula jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar jam 4.30 petang mendapat sambutan yang paling memuaskan daripada orang ramai pelbagai bangsa dan seterusnya mencapai jumalah tetingggi sejak kempen ini diadakan pada tahun 2006. Jalan Perdana, Kuala Lumpur –Masjid Negara telah berjaya menganjurkan ‘Kempen Derma Darah dan Pameran Pendidikan Kesihatan 3/2013 pada Jumaat, 27 Disember 2013 bermula jam 10.00 pagi dan berakhir   sekitar jam 4.30 petang    mendapat  sambutan yang paling memuaskan daripada orang ramai pelbagai bangsa dan seterusnya mencapai jumalah tetingggi sejak kempen ini diadakan pada tahun 2006.   Tarikh:  Dec 27, 2013

baca lagi

Categories: Berita JAKIM

Strike…

December 27, 2013 - 12:13pm
  17 Disember 2013 – Usai bermesyuarat pada siang hari, ahli Mesyuarat Sasaran Kerja Strategik (SKS) JAKIM (Penilaian 2013 dan Perancangan 2014) beriadhah santai pada sebelah malam di Ampang Superbowl Mahkota Parade, Melaka. Pertandingan Bowling ini bertujuan merehatkan minda disamping mengeratkan silaturrahim sesama Pengurusan Tertinggi dan Pegawai-pegawai Kanan JAKIM.   Tarikh:  Dec 27, 2013

baca lagi

Categories: Berita JAKIM

Misi Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pantai Timur "Hulurkan Tangan, Ringankan Beban"

December 27, 2013 - 11:42am
Penderitaan dan kesukaran yang dialami oleh mangsa banjir di pantai timur baru-baru ini terus mendapat perhatian termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bersama Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) dengan melancarkan Misi Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pantai Timur. MISI BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR KE PANTAI TIMUR   Penderitaan dan kesukaran yang dialami oleh mangsa banjir di pantai timur baru-baru ini terus mendapat perhatian  tidak terkecuali  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bersama  Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) dengan melancarkan Misi Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pantai Timur.   Tarikh:  Dec 27, 2013

baca lagi

Categories: Berita JAKIM